Sunday, February 28, 2016

AL-QURAN : HUKUM ALKOHOL (KHAMR)

AL-QURAN: HUKUM ALKOHOL(khamr

Potongan ayat yang terdapat dalam al quran surah an-Nahl
Ayat 67:

وَمِنْ ثَمَرَاتِ النَّخِيلِ وَالأعْنَابِ تَتَّخِذُونَ مِنْهُ سَكَرًا وَرِزْقًا حَسَنًا إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

Artinya : Dan dari buah kurma dan anggur, kamu buat minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang memikirkan.

TAFSIRAN AYAT:

Dalam ayat ini Allah menyebut macam minuman yang dihasilkan oleh buah-buahan seperti kurma dan anggur, yaitu yang kamu jadikan minuman yang memabukkan dan juga dari kedua pohon itu terdapat rizki yang baik, yakni dari buah-buahan yang sudah kering. Dan itulah terdapat tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah.
           Setelah ayat ini turun, kaum muslimin masih meminum khamr karena bagi mereka pengharaman khamr masih belum ada dalam ayat ini. Namun menurut Fazlur Rahman, khamr sudah diharamkan sejak awal kenabian di Mekkah, dan ayat ini merupakan Tahrim ‘am (pengharaman yang bersifat umum) dan belum secara tegas.
          Indikasi dari pengharaman tersebut ialah bagaimana Allah telah memberi peringatan kepada umat manusia atas kesan memabukkan dari minuman yang terbuat dari buah kurma dan anggur.

Pendapat yang pertama mengharamkan khamr sebenarnya adalah dari surah al-A’raf 
Ayat 33 : 
قُلْ إِنَّمَا حَرَّمَ رَبِّيَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَالإثْمَ وَالْبَغْيَ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَأَنْ تُشْرِكُوا بِاللَّهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِ سُلْطَانًا وَأَنْ تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ مَا لا تَعْلَمُونَ.
Katakanlah: "Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak atau pun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa (al-itsm), melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui". al-itsm dalam ayat ini adalah khamr. sebagaimana ditegaskan dalam surat al-Baqarah ayat 219. Al-A’raf merupakan surat yang turun dalam periode Makiyyah awal.
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ.
Arinya : Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya”. Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: “Yang lebih dari keperluan.” Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berpikir,

Asbabun Nuzul : Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan dari Abu Hurairah, dia berkata: “Tatkala Rasulullah SAW datang ke Madinah, beliau melihat para sahabat sedang minum khamr (arak/ minuman yang memabukkan) dan bermain judi. Kemudian mereka menanyakan kedua hal tersebut kepada Rasulullah, maka Allah menurunkan ayat ini.

TAFSIRAN AYAT:
Maksudnya, kaum mukminin bertanya kepadamu wahai Rasul tentang hukum khamr dan judi, di mana pada zaman jahiliyah kedua hal tersebut sering dilakukan dan juga pada awal-awal Islam. Seolah-olah terjadi kesulitan memahami kedua perkara tersebut. Karena itu, mereka bertanya kepadamu tentang hukum-hukumnya. Maka Allah Ta’ala memerintahkan kepada NabiNya untuk menjelaskan manfaat-manfaatnya dan kemudharatannya kepada mereka agar hal tersebut menjadi pendahuluan untuk pengharamannya dan wajib meninggalkan kedua perbuatan tersebut secara total. 
Allah mengabarkan bahwa dosa dan mudharat keduanya serta apa yang diakibatkan oleh keduanya seperti hilangnya ingatan, harta dan menghalangi dari berdzikir kepada Allah, dari shalat, (menimbulkan) permusuhan dan saling benci, adalah lebih besar Didapatkan harta dengan berjual beli khamr atau memperolehnya dengan cara judi atau kebahagiaan hati saat melakukannya.

Keburukan Dan Kebaikan Arak


Allah berfirman,
“Wahai mereka yang beriman, sesungguhnya arak, judi, melakukan korban untuk berhala dan menengok nasib dengan menggunakan anak panah, adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan, maka tinggalkan lah ia semoga kamu berjaya.”
(Surah Al-Maidah ayat 90)
Nabi Muhammad bersabda, “Sesungguhnya arak bukanlah ubat, sebaliknya ia adalah penyakit.”
(Riwayat Tarmuzi-Hasan Sahih)
Arak ialah alkohol di dalam bentuk ethyl alcohol dan merupakan sejenis dadah yang bertindak ke atas otak manusia dan sering kali menyebabkan ketagihan. Ia biasanya dihasilkan oleh sel-sel ragi atau yeast cells yang bertindak ke atas karbohidrat yang terdapat di dalam buah-buahan dan biji-bijian.
Di dalam pasaran, ada tiga jenis arak yang popular, iaitu,
 1.Bir yang dibuat dari biji-bijian dan mengandungi 3-6% alkohol,
 2.Wain yang diperbuat daripada buah-buahan dan mengandungi 11-14% alkohol
 3.Liquor dihasilkan dengan memeram ataupun mendidihkan bahan makanan sehingga menjadi arak dan ia mengandungi 40-50% alkohol.

Alkohol Dan Kesannya Ke Atas Otak Dan Badan

Apabila seseorang meminum alkohol, ia terus bertindak ke atas sel-sel otak dengan merangsang otak itu sebelum mengganggu fungsinya sehingga menyebabkan gangguan kepada penglihatan, hilang ingatan dan seumpamanya.
Pengambilan 2-3 gelas alkohol di dalam masa sejam sudah mencukupi untuk menjadikan seseorang tidak stabil. Ketagihan arak memberi kesan negatif kepada diri, keluarga dan masyarakat. Di sudut diri ia boleh menyebabkan sawan dan halusinasi dan pengambilannya di dalam jangka masa yang panjang boleh merosakkan otak untuk selama-lamanya.
Di samping itu, ia juga boleh menyebabkan sakit jantung, radang paru-paru, batuk kering, barah mulut dan kerongkong, radang, kerosakan dan barah hati serta melemahkan sistem pertahanan badan.

Penagih Arak Di Amerika Dan UK

Pada bulan November, 2001, sebuah institut yang berkaitan dengan masalah alkohol di Amerika yang dikenali sebagai National Institute on Alcohol Abuse And Alcoholism melaporkan, kerosakan dan kerugian berpunca daripada penggunaan alkohol berjumlah $185 bilion setahun.
Di UK pula, BBC News bertarikh 17 Ogos, 2001 melaporkan, peratus wanita yang mengambil alkohol melebihi kadar yang diizinkan meningkat sebanyak 50% di dalam masa 10 tahun.
Golongan remaja yang berumur di antara 11-15 tahun didapati meminum alkohol dua kali lebih banyak apabila dibandingkan dengan tahun 1990. Laporan itu juga menunjukkan, setiap seorang daripada empat orang lelaki dan setiap seorang daripada tujuh orang wanita di UK meminum alkohol melebihi kadar yang diizinkan.
Kerugian yang terpaksa di tanggung rakyat kerana kerosakan dan masalah yang timbul daripada pengambilan arak ini berjumlah lebih kurang 3 bilion pound sterling setiap tahun.
Majalah Time edisi 28 Januari, 2002, pula melaporkan, 1/5 daripada remaja yang berumur di antara 15-16 tahun di UK pernah mabuk sebanyak tiga kali dalam masa sebulan.

Adakah Arak Baik Untuk Jantung?

Ramai pakar-pakar perubatan berpendapat, arak apabila diminum dengan kadar yang sedikit, amat bermanfaat untuk jantung. Justeru, ramai pakar di dalam bidang kardiologi menggalakkan masyarakat meminum arak sebanyak 1-2 gelas sehari, agar kesihatan jantung mereka terpelihara.
Namun Dr. James H. Stein, seorang pakar jantung, dan Penolong Profesor di Fakulti Perubatan Universiti Wisconsin, mempunyai pandangan yang berbeza. Di dalam tulisannya yang diterbitkan oleh Milwaukee Journal Sentinel bertarikh 25 November, 1998, beliau berkata,
“Ramai pesakit dan pakar perubatan mahu mempercayai arak merupakan penawar ajaib yang dapat menyelamatkan jantung kita. Sayang sekali, hakikatnya tidaklah seperti yang difikirkan, kerana alkohol sebenarnya merosakkan jantung dengan cara melemahkan otot-ototnya, mengganggu cara jantung mengepam darah dan menaikkan tekanan darah. Tambahan daripada itu, alkohol merosakkan hati, menyebabkan radang pankreas, kanser esofagus dan perut. Justeru ramai yang keliru apabila mereka diberitahu pengambilan 1-2 gelas alkohol setiap hari menyihatkan jantung”.
Walaupun kenyataan ini mempunyai kebenarannya, kerana pengambilan alkohol yang sedikit menambahkan kolesterol baik (HDL) di dalam darah, namun ia hanya benar bagi wain merah (red wine) dan bukannya bir ataupun spirit.
Sebenarnya, bukanlah alkohol yang menyihatkan jantung, sebaliknya bahan flavonoid yang terdapat di dalamnya yang menguatkan jantung. Bahan flavonoid ini diperolehi daripada buah-buahan yang digunakan untuk menyediakan arak.
“Justeru, cara yang lebih selamat untuk menyihatkan jantung adalah dengan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan seperti bawang, anggur dan epal yang kaya dengan flavonoid, dan bukannya meminum arak.”
Doktor Ira J. Goldberg, M.D. dari American Heart Association’s Nutrition Committee yang juga merupakan seorang profesor perubatan di Universiti Columbia di New York pula berkata,
“Nasihat saya ialah, jika anda benar-benar hendak menurunkan risiko diserang penyakit jantung, bercakaplah dengan doktor anda tentang cara hendak menurunkan paras kolesterol dan tekanan darah. Di samping itu anda perlu mengawal berat badan anda, bersenam selalu dan mengambil makanan yang berkhasiat. Tidak terdapat satu pun bukti yang saintifik yang menunjukkan bahawa meminum wain atau yang seumpamanya dapat menggantikan pendekatan konvensional yang telah disebutkan dalam usaha untuk mencegah dari menghidap penyakit jantung.”
Hal ini disebutkan dalam American Heart Association Journal Report bertarikh Januari 22, 2000.
Adakah Kesan Alkohol Lebih Teruk Daripada Lain-Lain Dadah?
Mengikut satu kajian yang dilakukan di Peranchis oleh sepuluh orang pakar sains, diketuai oleh Bernard-Pierre Roques dari RenÉ Descartes University of Paris, arak tergolong dalam kategori dadah yang amat berbahaya sama seperti heroin dan candu.
Hal ini dilaporkan oleh Debora MacKenzie dalam New Scientist bertarikh 27 Jun 1998.
BBC News bertarikh 24 Mei 2001 pula melaporkan kenyataan yang dibuat oleh Presiden Men’s Health Forum di UK, Dr. Ian Bank, yang mengatakan, statistik yang mengaitkan alkohol dengan perbuatan membunuh diri, jenayah, kemalangan, tindakan ganas serta masalah kesihatan amat menggerunkan.
Kenyataan ini diperkukuhkan oleh Pengerusi Pertubuhan Kaunselor-Kaunselor Penyalahgunaan Alkohol dan Dadah Kebangsaan di UK, Rosa Della-Tolla, yang menegaskan ramai yang memfokuskan tentang bahaya dadah dan melupakan alkohol, sedangkan kesan negatif hasil daripada penyalahgunaan alkohol adalah lebih besar daripada dadah yang lain.
Masalahnya ialah, pengambilan alkohol diterima sebagai suatu yang biasa di dalam masyarakat sedangkan kesan pengambilannya sebenarnya adalah lebih teruk.
Justeru, Islam mengharamkan arak sama sekali dan tidak menganggapnya sebagai penawar walaupun terdapat sedikit kebaikan padanya, namun kemudaratannya adalah lebih besar daripada kebaikan. Allah berfirman,
“Dan mereka bertanya kamu tentang arak dan judi. Katakanlah, pada kedua-duanya ada banyak keburukan dan beberapa kemanfaatan, namun keburukannya adalah lebih besar daripada kebaikannya.”
(Surah Al-Baqarah ayat 219)
Namun dalam ayat seterusnya Allah telah menyatakan akan manfaat alkohol itu sendiri kepada manusia. Nah bukankah pada dunia sekarang alkohol merupakan sesuatu yang sangat penting di sebalik kemudaratannya.
Alkohol menjadi keperluan ataupun kemestian di dalam bidang perubatan,  perindustrianpengesteran dan berbagai lagi. Dalam bidang perubatan kita dapat lihat alkohol memainkan peranan sebagai bius yakni ubat kebas.
Sedar atau tidak ketika sebelum kita di suntik alkohol akan di sapukan di bahagian tersebut agar ia terasa sejuk bagi mengurangkan kesakitan yang di alami manusia.
Dengan sifat alkohol yang cepat meruap ke udara pula ia telah menjadi elemen terpenting dalam pembuatan pewangi beralkohol.
Ini amat penting kerana pewangi beralkohol mampu  mengatasi masalah bau badan bagi individu yang mempunyai masalah peluh berlebihan. Mengikut mazhab Syafie pengunaan alkohol dalam solat sebagai pewangi adalah harus bagi individu yang tidak mempunyai pilihan lain untuk mengatasi masalah bau badan.
Selain itu pengunaan alkohol dalam pengesteran adalah untuk di campurkan dengan asid karboksilik dan elemen-elemen lain bagi menghasikan bau-bauan seperti buah-buahan, bunga dan sebagainya.
Jika Allah itu tidak Maha Mengetahui nescaya alkohol ini tidak akan disebut dalam Al-Quran dan tidak pula manusia mampu mengunakan manfaat alkohol tersebut. Namun kebaikan dan keburukan alkohol terletak kepada manusia itu sendiri kerana manusia sudah dikurniakan akal untuk berfikir dan menyingkap ke-agungan Allah S.W.T.
KESIMPULAN

Pada umumnya, orang Arab ketika itu (ketika masa Rasulullah) merasa bangga dan tinggi status sosialnya bila berjudi dan meminum khamr. Kerana kedua hal tersebut dapat mendorong seseorang untuk bersikap pemberani dan rela berkorban. Oleh kerana gaya hidup yang telah mendarah daging tersebut, maka mula-mula agama Islam tidak langsung mengharamkan kedua hal tersebut, tetapi hanya memberikan isyarat bahawa kedua hal tersebut tidak baik. Allah telah memberikan isyarat tentang tidak baiknya khamr seperti yang terkandung dalam surat an-Nahl ayat 67.
Kemudian Allah menjelaskan tentang bahaya meminum khamr dan berjudi dengan ungkapan yang lebih jelas dalam surat al-Baqarah ayat 219, yang menjelaskan tentang kemudharatan yang lebih besar dari pada manfaatnya dari perbuatan meminum khamr dan judi. Dalam tahap berikutnya, khamr telah dilarang pada waktu-waktu tertentu. Seperti yang dijelaskan oleh allah dalam surat an-Nisaa’ ayat 43. Berdasarkan ayat ini, sebagian sahabat telah meninggalkan khamr pada waktu siang setelah dhuhur sampai datangnya Isya’. Sedang sebagian yang lain mengetahui bahwa khamr diharamkan secara mutlak, sehingga mereka telah meninggalkan sepenuhnya.
Kemudian setelah umat islam benar-benar merasakan kesan negative dari khamr, yaitu timbulnya permusuhan, maka Allah mengharamkan khamr secara tegas dengan turunnya surat al-Maidah ayat 90-91. Setelah ayat tersebut dibacakan oleh Rasulullah, maka para sahabat yang bertaqwa menjawab dengan suara yang keras, “Kami telah berhenti dari perbuatan itu”.
Dari keterangan diatas, jelaslah bahwa hukum syara’ itu ditetapkan secara bertahap, sesuai dengan situasi dan kondisi. Semula suatu perbuatan itu dibiarkan hukumnya sesuai dengan hukum yang ada. Kemudian barulah diharamkan dan mengganti (menasakh) hukum yang dahulu dengan hukum yang datang kemudian. Setelah syari’at Islam turun dengan sempurna, maka hukum yang telah ditetapkan tersebut berlaku hingga hari kiamat.






Saturday, February 27, 2016

SURAH : SUNGAI DALAM LAUT

SUNGAI DALAM LAUT
PERCAYAKAH Anda adanya sungai di dalam laut? Tentu, kebanyakan orang berpikir itu adalah suatu hal yang tidak mungkin. Kerana pada dasarnya sungai itu airnya tawar, sedangkan laut airnya masin. Jadi, apakah mungkin keduanya boleh berada dalam satu tempat, namun tak bercampur? Inilah salah satu bukti kebesaran Allah SWT, yang telah Dia beritahukan dalam kitab suci umat Islam dalam Surah Al-Furqan (ayat 53)



Ertinya: (Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar dan segar dan yang lain sangat masin lagi pahit: dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang tidak ditembus.)


Difinisi
Selama ini kita mendifinisikan sungai sebagai aliran air di daratan yang menuju danau, laut atau sungai lainnya. Pengertian tersebut tidak salah, namun dalam konteks tertentu, ada beberapa kalimat yang harus dikoreksi demi akurasi rujukan kata “sungai” itu sendiri. Tahukah anda bahawa, sebenarnya ada sungai di bawah laut? Ia, sungai yang letaknya ada di bawah laut. Sekilas hal ini mungkin akan disangkal oleh beberapa orang. Namun tunggu sampai anda melihat dokumentasi foto dari seorang tokoh kewarganegaraan Rusia, Anatoly Beloschin.

Cenote Angelita
Beberapa waktu yg lalu, dunia dicengangkan dengan munculnya foto-foto Cenote Angelita, yakni sungai dibawah laut yang terletak diperairan Mexico. Disebut bahawayang menjadi pionir sungai tersebut adalah Jacques-Yves-Cousteau, pakar peneliti dunia bawah laut. Informasi ini sayangnya keliru sebab yang menemukan sungai bawah laut ini sesungguhnya adalah Anatoly Belochin. Dia seorang fotografer professional dari Rusia. Selama ini karyanya memang terkenal dengan signatur “underwater”. Dia gemar memotret objek dibawah air dan Cenote Angelita merupakan penemuannya yang mencenggangkan dunia saat mengeksplor laut Mexico untuk kepentingan pemotretan. Sayangnya ia tidak banyak mendapat sambutan diawal penemuan sungai dibawah laut tersebut.

Tetapi seiring dengan maraknya pemberitaan mengenai Cenote Angelita, akhirnya Anatoly Belochin mengemukakan foto-foto sungai epik bawah laut tersebut.

Analisis Ilmiah
Seiring dengan fenomena sungai bawah laut tersebut, kini muncul pelbagai analisis yang mencari jawapan bagi setiap persoalan. Sememangnya kewujudan sungai bawah laut agak janggal, tetapi tahukah anda bahawa hal tersebut akan menjadi ajaib jika anda membayangkan laut yang biasa dan sungai yang biasa. Faktanya memang sungai menjadi jalan menuju ke lautan. Jadi, akan ada bahagian lautan yang mempertemukan antara air tawar dengan air masin. Di dalam laut kita menyebutnya underwater-river.
Kononya underwater-river bukan sungai yang sesungguhnya. Ia merupakan ilusi singkat yang mengacu pada fenomena yang kita kenali dengan nama Halocline. Fenomena ini sendiri muncul kerana adanya perbezaan tahap slinitas dari lapisan air yang disebabkan oleh tekanan yang bervariasi. Jika menurut dari apa yang dilihat oleh Anatoly Belochin dan Cenote Angelita, terdiri atas air tawar hingga 29 meter jauhnya. Namun saat ia mencapai 1 meter dari lapisan hydrogen sulfina, maka ia akan menjadi air yang masin selayaknya air laut. Maka, faktanya sungai bawah laut tersebut terjadi kerana terdapat perbezaan tekanan lapisan air.

Mr. Costeau pun berkata bahwa Alquran memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.


Dream - Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton acara TV 'Discovery Chanel', pasti mengenal sosok Mr. Jacques Yves Costeau. Ia adalah seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka asal Prancis.
Orang tua berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke berbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat film dokumenter tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton oleh seluruh dunia.
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba Jacques Yves Costeau menemukan beberapa kumpulan mata air tawar segar yang sangat sedap rasanya karena tidak bercampur dengan air laut yang asin di sekelilingnya. Seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
Fenomena ganjil itu membuat bingung Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari tahu penyebab terpisahnya air tawar dari air asin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berpikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khalayan sewaktu menyelam.
Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawaban yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut. Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu.
Profesor itu teringat pada ayat Alquran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez.



Ertinya: ((19: Dia membiarkan dua laut mengalir yang (kemudian) keduanya bertemu.) (20: Diantara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.))



Kemudian dibacakan pula surat Al Furqan ayat 53, yang berbunyi: “Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain asin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al-Furqan: 53)

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diartikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air asin dari laut.
Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22.


Ertinya: Daripada keduanya keluar mutiara dan marjan.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Alquran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Ia pun berpikir, Alquran ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera.
Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahwa Alquran memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

                        

Hal ini membuktikan kebenaran dari ayat al-Quran tentang janji Allah yang akan menampakkan keindahan ciptaannya. “Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu,” (QS. Fushshilat: 53).
Subhanallah, lagi-lagi Allah telah menunjukkan kebenaran ciptaan-Nya kepada kita, selaku makhluk-Nya. Dan hal ini membuktikan kebenaran al-Quran bahwa apa yang terisi di dalamnya bukanlah karangan dari Nabi Muhammad SAW semata, tetapi mutlak dari Allah SWT. Masihkah kita meragukan akan hal itu?

KESIMPULAN....
   
       Sungai tersebut terbentuk kerana terbentuk pada masa lampau yang terjadi di permukaan yang menghubungkan antara suatu pulau yang dekat. Fakta-fakta yang banyak ditemukan tanaman keras yang dijumpai dibawah laut tersebut dan mengalir antara pulau yang saling berhubung. Sungai tersebut terjadi kerana dataran yang menurun dan peneplain yang terangkat, kerana air bersifat bergerak dari atas kebawah maka air tawar yang berada di atas saja dibawah laut dengan kuantiti yang cukup besar.







HADIS : HUKUM MEMAKAI CELAK



HADIS : Hukum Memakai Celak Mata Dan Eyeliner

  • Sunat Bercelak Mata
Rasulullah memakai celak pada kening mata sebanyak 3 kali.Selain itu, Baginda memakai celak pada bahagian bawah bulu mata dan juga bawah mata sahaja sebagaimana hadis di bawah ini.

Ibnu Majah meriwayatkan hadia bahawa Rasulullah SAW bersabda,maksudnya:

Hendaklah kamu memakai celak mata,kerana dapat
menerangkan(menyihatkan)mata dan menyuburkan bulu mata
(At Tibbun Nabawi)

Dalam hadis lain dari Ibnu Abbas,bahawa Rasulullah SAW bersabda,maksudnya :

Rasulullah SAW mempunyai bekas celak mata khas.
Apabila mencelak matanya,Baginda SAW menyapu sebanyak 3 kali "
(Ibnu Majah-At Tibbun Nabawi)


Berdasarkan hadis di atas, jelas menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w tidak memakai celak di kelopak mata. Bercelak mata sunat bagi wanita,dengan syarat bercelak pada bulu mata dan kening sahaja tanpa berlebih-lebihan sehingga menyerupai solekan wanita jahiliah. Seperti mewarnakan kelopak mata dengan pelbagai warna,memakai eyeliner, menambah alis mata palsu dan sebagainya, termasuk memerahkan pipi dan megincukan bibir dengan warna merah berlebihan adalah dilarang kerana semuanya tabarruj jahiliyah yang dilarang. Namun, jika wanita bersolek untuk suaminya,walaupun menyerupai tabarruj jahiliyah adalah digalakkan dan sunat pula (berpahala).Tapi jika untuk keluar rumah dan untuk diperlihatkan kepada umum sahaja adalah dilarang.




  • Penjelasan Tentang Eyeliner
Bila disebut solekan kelopak mata,ianya termasuk memakai eyeliner seperti gambar dibawah.Pemakaian eyeliner sangat popular sekarang.Malah wanita bertudung juga turut memakainya.Tahukah anda wanita zaman jahiliah/firaun juga gemar memakai solekan mata sebegitu.Pemakainan eyeliner pada mata akan menonjolkan lagi kecantikkan mata tersebut.Malah tidak dapat disangkal bahawa ianya akan menarik mata yang memandang bukan sahaja lelaki juga wanita.Dalam islam,sekiranya sesuatu yang menarik perhatian pandangan orang lain sehingga pemandangannya tergoda, maka ianya berdosa dan hukumnya haram.



Firman Allah yang bermaksud:

...dan janganlah kamu mendedahkan diri(bersolek)seperti
cara orang jahiliah zaman dahulu...
(surah Al-Ahzab:33)
hukum memakain celak mata adalah harus samada bagi lelaki atau perempuan dan merupakn perhiasan yang pernah di pakai ole Nabi saw sebagaimana hadith Tirmizi dan Ibn Majh dari Ibn Abbas ra yang bermaksud:

Adalah pada Nabi saw suatu celak yang digunakan
oleh baginda 3 kali waktu tiap kali memakainya”

Dalam hadith yang lain pula Nabi saw bersabda yang maksudnya:

Siapa yang pakai celak maka hendaklah dipakainya 3 kali”

Berkata ulama “siapa'dalam hadith tersebut termasuk juga kaum wanita.

Jadi ulama telah menetapkan harus memakai celak bagi lelaki atau perempuan dan tiada larangannya melainkan pada ketika mengerjakan haji iaitu makruh hukumnya.Perlu diingatkan bahawa perhiasan yang dilarang ke atas kaum wanita itu bukannya celak tetapi alat-alat solek seperti gincu,pemerah pipi,dan seumpamanya yang banyak kita lihat hari ini.Inilah perhiasan yang menimbulkan fitnah kepada kaum lelaki.

  • Faedah Lain Bercelak Mata
Seperti mana yang disebutkan di dalam At Tibbun Nabawi,bahawa perbuatan mencelak mata boleh mendatangkan beberapa faedah:
  1. Menyihatkan mata
  2. Menguat dan membersihkan(menerangkan) pandangan
  3. Menghilangkan penyakit mata
  4. Mencantikkan warna atau menyinarkan mata

  • Tip
Sesiapa yang mengalami sakit mata,adalah lebih baik anda mencuba meletakkan celak mata makkah sma ada yang berbentuk serbuk atau tidak,di bawah bulu mata atas dan pada bulu mata bahagian bawah.In sha Allah, dengan mengamalkan sunnah Rasulullah ini,mata anda yang sakit akan sihat. 






  • Celak adalah amalan sunat. Setiap orang Islam baik LELAKI atau PEREMPUAN disunatkan memakai celak mata. Celak biasanya berupa bubuk untuk memalit bulu mata atau disapukan di sekeliling mata. Para sahabat dahulu suka bercelak, karena mengikuti amalan Nabi SAW. Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam biasa melakukannya sebelum tidur. Para ulama dahulu (salaf dan khalaf) yang salihin adalah golongan yang suka memakai celak. Mereka memandang perbuatan memakai celak itu sebagai suatu sunnah yang penting dan besar, terutama dalam mendekatkan diri kepada Khaliq. Terdapat hadis (walaupun kebanyakannya adalah hadis dhaif) yang menyatakan kelebihan bercelak. Di antaranya ialah dapat Mencerahkan Pandangan Mata, Mengelakkan Terkena Penyakit Mata, Menambah Seri Muka Dan Banyak Lagi. Terdapat juga hadis dhaif yang menyebutkan bahwa para malaikat juga bercelak. Wallahu 'alam. Para ulama dan cerdik pandai hari ini sudah tidak mau memakai celak walaupun tahu hukum memakai celak adalah sunat. Para wali Allah memang diketahui umum oleh umat pada zaman dahulu sebagai golongan yang istiqamah memakai celak. Beliau memakai celak ketika para ulama lain sudah tidak mau lagi memakai celak, ketika umat Islam sudah tidak tahu hukum memakai celak, ketika umat Islam sudah tidak tahu lagi cara untuk mengenakan celak ke mata mereka dan ketika para pemimpin menganggap celak sebagai suatu yang rendah dan memalukan jika dipakai.

  • HADITS-HADITS TENTANG MEMAKAI CELAK
Hadits 1: Bercelaklah kalian dengan itsmid, karena dia bisa mencerahkan mata dan menumbuhkan rambut” (HR. At Tirmidzi no.1679 dalam Sunan-nya bab Maa jaa-a fil iktihaal, Ahmad no.15341 dalam Musnad-nya) Status hadits: At Tirmidzi berkata: “Hadits ini hasan gharib”. Al Mubarakfuri berkata dalam Tuhfatul Ahwadzi: “Dikeluarkan juga oleh Ibnu Majah dan dishahihkan oleh Ibnu Hibban”.

Hadits 2: Bercelaklah memakai itsmid ketika hendak tidur, karena ia dapat mencerahkan pandangan dan menumbuhkan rambut” (HR. Ibnu Majah dalam Sunan-nya no.3846 bab Al Kahlu Bil Itsmid) Status hadits: Dishahihkan Al Albani dalam Shahih Sunan Ibni Majah (2/263/2818).

Hadits 3: Dari Ibnu Abbas, bahwa Nabi bersabda: Celak yang paling baik bagi kalian adalah istmid, ia bisa mencerahkan pandangan dan menumbuhkan rambut” (HR. Abu Daud no.3380 dan 3539, Ibnu Majah no. 3488, Ahmad no. 2109) Status Hadits: Dalam Aunul Ma’bud dijelaskan bahwa Imam At Tirmidzi berkata: “Hadits ini hasan shahih”. Di shahihkan oleh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Daud (2/766/3426).

Hadits 4:Bercelaklah dengan itsmid. Karena ia menumbuhkan rambut, mengilangkan kotoran yang masuk ke mata, dan mencerahkan pandangan” (HR. ‘Abu Ashim, Ath Thabrani. Lihat Aunul Ma’bud syarah hadits no. 1679) Status hadits: Dihasankan oleh Al Albani dalam Silsilah Ahaadits Shohihah (2/270/665) FATWA PARA ULAMA TENTANG MEMAKAI CELAK BAGI LAKI-LAKI Fatwa Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin rahimahullah:Bercelak dengan tujuan menghiasi mata apakah disyaratkan untuk laki-laki ataukah hanya untuk wanita saja? Yang nampak bagiku hal tersebut disyaratkan bagi wanita saja. Adapun lelaki, tidak ada keperluan untuk berhias dengannya. Namun ada pula ulama yang berpendapat hal ini pula disyariatkan bagi laki-laki dengan berdalil dengan sabda Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam ketika ada sahabat yang bertanya ”Bolehkah jika kami gemar memakai sandal dan pakaian yang bagus?” Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan mencintai keindahan”. Pendapatku, jika pada mata seorang lelaki terdapat penyakit yang membutuhkan celak untuk penyembuhannya maka hal ini disyariatkan, namun bila tidak ada kebutuhan maka tidak disyariatkan” (Syarhul Mumthi’, 1/129) Sumber: http://www.ibnothaimeen.com/all/books/article_16956.shtml “Bercelak ada 2 macam, yang pertama
  1.  bercelak untuk menguatkan pandangan, mengobati rabun, atau untuk membersihkan pandangan mata tanpa bermaksud untuk berhias maka tidak mengapa, bahkan ini dianjurkan. Karena Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam menggunakan celak pada kedua mata beliau. Lebih baik lagi jika memakai itsmid
  2. Jenis kedua, bercelak dengan tujuan untuk berhias. Jenis ini berlaku bagiwanita. Karena seorang wanita dianjurkan mempercantik diri untuk suaminya. Adapun bagi laki-laki, terdapat beberapa pertimbangan dan aku tawaqquf dalam hal ini. Namun perlu dibedakan antara lelaki yang masih muda dengan lelaki yang sudah tua. Bagi pemuda yang dikhawatirkan dapat menimbulkan fitnah jika bercelak, maka sebaiknya tidak dilakukan. Sedangkan orang yang sudah tua, tidak dikhawatirkan lagi dapat menimbulkan fitnah maka tidak dilarang.” (Fatwa Syaikh Al Utsaimin dalam As’ilah Al Usroh Al Muslimah) Fatwa Syaikh Abdul ‘Aziz bin Baz rahimahullah :Sumber: http://binbaz.org.sa/mat/4291 Pertanyaan: Adakah dalil haramnya memakai celak pada mata dan pacar kuku bagi laki-laki jika diketahui bahwa tujuan memakainya bukan untuk meniru wanita, namun karena sudah menjadi kebiasaan di masyarakat? Syaikh Abdul ‘Aziz bin Baz menjawab: Seorang lelaki mu’min tidak boleh meniru wanita dengan memakai pacar kuku atau yang lainnya. Walaupun hal tersebut sudah menjadi kebiasaan di masyarakat, ia tetap tidak boleh melakukan perbuatan yang terdapat unsur meniru wanita. Karena terdapat hadist: “Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan melaknat wanita yang menyerupai laki-laki” Adapun memakai celak, maka tidak mengapa. Karena memakai celak itu disyari’atkan bagi laki-laki dan wanita dengan kadar yang sama. Maka seorang laki-laki boleh memakai celak pada kedua matanya. Dan celak itu baik dan bermanfaat. Terdapat hadits: “Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam biasa memakai celak ”. Maka hukumnya boleh. (Majmu’ Fatawa Syaikh Ibn Baz, 29/48) Sumber: http://binbaz.org.sa/mat/9291 Pertanyaan: Apa hukum memakai celak? Apakah benar bahwa Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam biasa memakai celak pada kedua matanya? Syaikh Abdul ‘Aziz bin Baz menjawab: Memakai celak adalah sunnah Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam. Terdapat hadits shahih: Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam biasa memakai celak 3 kali pada setiap matanya”. Maka memakai celak termasuk sunnah, lebih baik lagi jika memakai itsmid. 

  • HADIS PEMAKAIAN CELAK
Maksudnya : Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah saw memiliki sebuah wadah  celak yang baginda gunakan untuk bercelak setiap malam,sebanyak tiga kali disini(mata kanan)dan sebanyak tiga kali disini(mata kiri)
(Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad dan Hakim)


Maksudnya : Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa rasulullah bersabda alat celak yang paling baik adalah batu celak (al-itsmid) kerana ianya dapat memperjelaskan pengelihatan dan menumbuhkan bulu mat mata
(Riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)

Keterangan : Bercelak merupakan salah satu daripada sunah junjungan besar kita rasulullah saw. Sebelum baginda tidur. Amalan bercelak ini juga dapat membantu untuk menjelaskan pengelihatan .

Ruj Rujukan : Kitab Kesempurnaan Rasulullah oleh Imam Tirmidzi

  • FATWA PARA ULAMA TENTANG MEMAKAI CELAK BAGI LAKI-LAKI
Fatwa Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin rahimahullah
Bercelak dengan tujuan menghiasi mata apakah disyaratkan untuk laki-laki ataukah hanya untuk wanita saja? Yang nampak bagiku hal tersebut disyaratkan bagi wanita saja. Adapun lelaki, tidak ada keperluan untuk berhias dengannya. Namun ada pula ulama yang berpendapat hal ini pula disyariatkan bagi laki-laki dengan berdalil dengan sabda Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam ketika ada sahabat yang bertanya ”Bolehkah jika kami gemar memakai sandal dan pakaian yang bagus?” Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan mencintai keindahan”. Pendapatku, jika pada mata seorang lelaki terdapat penyakit yang membutuhkan celak untuk penyembuhannya maka hal ini disyariatkan, namun bila tidak ada kebutuhan maka tidak disyariatkan” (Syarhul Mumthi’, 1/129)
Sumber: 
http://www.ibnothaimeen.com/all/books/article_16956.shtml
Bercelak ada 2 macam, yang pertama bercelak untuk menguatkan pandangan, mengobati rabun, atau untuk membersihkan pandangan mata tanpa bermaksud untuk berhias maka tidak mengapa, bahkan ini dianjurkan. Karena Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam menggunakan celak pada kedua mata beliau. Lebih baik lagi jika memakai itsmid.
Jenis kedua, bercelak dengan tujuan untuk berhias. Jenis ini berlaku bagi wanita. Karena seorang wanita dianjurkan mempercantik diri untuk suaminya. Adapun bagi laki-laki, terdapat beberapa pertimbangan dan aku tawaqquf dalam hal ini. Namun perlu dibedakan antara lelaki yang masih muda dengan lelaki yang sudah tua. Bagi pemuda yang dikhawatirkan dapat menimbulkan fitnah jika bercelak, maka sebaiknya tidak dilakukan. Sedangkan orang yang sudah tua, tidak dikhawatirkan lagi dapat menimbulkan fitnah maka tidak dilarang.” (Fatwa Syaikh Al Utsaimin dalam As’ilah Al Usroh Al Muslimah)
Fatwa Syaikh Abdul ‘Aziz bin Baz rahimahullah :
Sumber: 
http://binbaz.org.sa/mat/4291
Pertanyaan:
Adakah dalil haramnya memakai celak pada mata dan pacar kuku bagi laki-laki jika diketahui bahwa tujuan memakainya bukan untuk meniru wanita, namun karena sudah menjadi kebiasaan di masyarakat?
Syaikh Abdul ‘Aziz bin Baz menjawab:
Seorang lelaki mu’min tidak boleh meniru wanita dengan memakai pacar kuku atau yang lainnya.
Walaupun hal tersebut sudah menjadi kebiasaan di masyarakat, ia tetap tidak boleh melakukan perbuatan yang terdapat unsur meniru wanita. Karena terdapat hadist: “Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan melaknat wanita yang menyerupai laki-laki”
Adapun memakai celak, maka tidak mengapa. Karena memakai celak itu disyari’atkan bagi laki-laki dan wanita dengan kadar yang sama. Maka seorang laki-laki boleh memakai celak pada kedua matanya. Dan celak itu baik dan bermanfaat. Terdapat hadits: “Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam biasa memakai celak ”. Maka hukumnya boleh. (Majmu’ Fatawa Syaikh Ibn Baz, 29/48)
Sumber: 
http://binbaz.org.sa/mat/9291
Pertanyaan:
Apa hukum memakai celak? Apakah benar bahwa Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam biasa memakai celak pada kedua matanya?
Syaikh Abdul ‘Aziz bin Baz menjawab:
Memakai celak adalah sunnah Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam. Terdapat hadits shahih: Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam biasa memakai celak 3 kali pada setiap matanya”. Maka memakai celak termasuk sunnah, lebih baik lagi jika memakai itsmid. (Kaset Nuurun ‘Ala Ad Darb)
Pertanyaan
Apakah dibolehkan bagi laki-laki memakai celak pada kedua matanya?
Syaikh Shalih Fauzan Al Fauzan menjawab:
Memakai celak adalah sunnah Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam . Beliau biasa memakai celak dengan itsmid setiap malam. Celak memiliki manfaat bagi mata. Ia termasuk sunnah, diperbolehkan memakainya. (Kaset Majmu’ Fatawa Syaikh Shalih Fauzan, fatwa no. 3748)
Pertanyaan
Memakai celak bagi laki-laki dibolehkan atau tidak?
Bercelak adalah salah-satu sunnah Baginda Rasulullah s.a.w yang termaktub di dalam koleksi hadist-hadist dan sirah Baginda s.a.w , yang mana contoh tersebut merupakan satu perkara yang tidak dapat dimungkiri lagi oleh sesiapa.
Walaupun sunnah tersebut tidaklah sampai ke tahap wajib , yang memestikan setiap orang-orang Islam melakukannya , akan tetapi bagi umat Baginda s.a.w yang benar-benar mencintai Baginda s.a.w akan tetap cuba sedaya-usaha untuk mencontohi Baginda s.a.w .
Seperti seorang yang begitu suka dengan Michael Jackson , bukan sahaja lagu-lagunya yang akan didengarinya , bahkan segala tingkah-lakunya akan ditirunya , seperti cara beliau berpakaian sekalipun nampak pelik dengan memakai stokin putih dan berkasut hitam , orang itu akan tetap menggayakannya . Hanya dengan beralasan dia adalah seorang pencinta ( fanatik ) kepada Michael Jackson .
Kalau seseorang itu boleh fanatik kepada Michael Jackson , sedangkan beliau dipuji dan dikeji , betapa pula kita terhadap Baginda Rasulullah s.a.w yang merupakan makhluk yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala dan merupakan seorang yang tidak berdosa ( maksum ) !? .
Di antara kelebihan yang dipunyai oleh umat Nabi Muhammad s.a.w ialah adanya semua catatan dan rekod mengenai Baginda Rasulullah s.a.w . Sama ada rekod dan catatan tersebut mengenai ucapan-ucapannya , ataupun perbuatan-perbuatannya , ataupun pengakuan-pengakuannya , budi-pekertinya , rupa bentuk fizikalnya dan sebagainya . Semuanya itu terhimpun di dalam ilmu yang dikenal sebagai “ Hadist “ , “ Sunnah “ dan “ Sirah “ .
Dan sudah tentu perkara ini menunjukkan betapa sayangnya dan peka umat Baginda Rasulullah s.a.w terhadap Baginda s.a.w dan ianya sudah tentu lebih menunjukkan bahawa baginda s.a.w adalah benar-benar seorang utusan Allah Ta’ala .
Di antara catatan dan rekod yang terkemuka yang membahaskan mengenai bentu fizikal , akhlak dan tingkah-laku Baginda s.a.w ialah kitab yang bernama “ ASY-SYAMAIL MUHAMMADIAHyang dihasilkan oleh seorang cendekiawan hadist yang terkemuka iaitu : Al-Imam al-Muhaddist al-Kabir Muhammad Bin ‘Isa At-Tirmidzie rh { 210 – 279 H } .
Daripada situ saudara dapatlah mengetahui mengenai bagaimanakah caranya Baginda Rasulullah s.a.w bercelak .Sebagai contohnya ialah hadist berikut: 
49 - Dalam sebuah riwayat yang bersumber dari Ibnu Abbas ra. Dikemukakan: “Sesungguhnya Nabi saw bersabda, “Bercelaklah kalian dengan Itsmid(1), kerana ia dapat mencerahkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata.” Sesungguhnya, Nabi saw mempunyai tempat celak yang digunakannya untuk bercelak pada setiap malam. Tiga Olesan di sini dan olesan di sini.(2)(3) ~ (Diriwayatkan oleh Muhammad bin Humaid an-Razi4), dan Abu Daud at-Thayalisi, dan Abbad bin Manshur, dan Ikrimah, yang bersumber dan Ibnu ‘Abbas r.a.) – Status Hadist : Hasan Gharib .

  • Celak - Mengikut Sunnah Nabi Muhammad SAW

Rasulullah S.A.W memakai celak ketika baginda ingin masuk tidur. Dan celak yang digunakan oleh baginda adalah jenis itsmid, iaitu celak yang jenis serbuk, dan dipakai dengan menggunakan logam besi, macam celak Mekah dahulu. (Bukan celak pensel yang kebanyakan ada jual di kedai & pasar malam)


Kenyataan ini berdasarkan hadis berikut :

 Ibnu Abbas meriwayatkan dari Nabi Shollallohu ‘Alaihi wasallam, bahwasanya beliau bersabda:

Celak yang terbaik untuk kamu adalah itsmid. Sesungguhnya ia bisa menjernihkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata.”[1]
Itsmid ni dapat menguatkan mata, mengencangkan  urat saraf, dan menjaga kesihatannya. Ia juga dapat menghilangkan daging yang tumbuh di dalam bisul, menyembuhkannya, membersihkan kotoran-kotorannya dan mengeluarkan bisa di dalam bisul tu. Itsmid juga boleh menghilangkan sakit kepala jika dicampur dengan madu cair yang halus dan digunakan untuk bercelak. Itsmid adalah celak mata terbaik, terutama bagi orang-orang tua dan orang-orang yang penglihatannya lemah. 

  • Cara Rasulullah Memakai Celak
Dikeluarkan oleh Tarmizi dan Ibnu Majah daripada Ibnu Abbas r.a, katanya:
” Adalah di sisi Nabi s.a.w bekas celak, Baginda s.a.w bercelak daripadanya 3 kali bagi setiap mata."
Maksud di sini, pemakaian celak adalah tiga kali bergilir-gilir, dimulai dengan mata sebelah kanan, kiri dan dilakukan secara berulang kali selama tiga kali SEBELUM TIDUR.

Disertakan juga antara hadis yang berkaitan dengan pemakaian celak :
  1. Daripada Ibnu Abbas juga katanya:-
Sabda Nabi s.a.w: ” Sebaik-baik celak mata bagi kamu ialah yang berwarna hitam, ia mengelokkan 
pandangan dan menumbuhkan rambut (bulu kening)

2.  Dikeluarkan oleh Ibnu Majah dalam sunan-nya. Daripada Abu Hurairah r.a, Katanya:Sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Barangsiapa yang bercelak mata hendaklah ia melakukannya dengan bilangan yang ganjil. Sesiapa yang bercelak dia telah melakukan kebaikan (dapat pahala) dan sesiapa yang tidak bercelak tiada kepayahan (dosa) baginya”.

3
Bercelaklah kalian dengan itsmid, karena dia bisa mencerahkan mata dan menumbuhkan rambut” (HR. At Tirmidzi no.1679 dalam Sunan-nya bab Maa jaa-a fil iktihaal, Ahmad no.15341 dalam Musnad-nya)


4. 
Bercelaklah memakai itsmid ketika hendak tidur, karena ia dapat mencerahkan pandangan dan menumbuhkan rambut” (HR. Ibnu Majah dalam Sunan-nya no.3846 bab Al Kahlu Bil Itsmid)


  • Hukum memakai celak :
Lelaki dan wanita memakai celak adalah harus hukumnya. Hukum ini keluar berdasarkan hadis berikut: 

Bercelaklah kalian dengan itsmid, karena dia bisa mencerahkan mata dan menumbuhkan rambut” (HR. At Tirmidzi no.1679 dalam Sunan-nya bab Maa jaa-a fil iktihaal, Ahmad no.15341 dalam Musnad-nya)

Kalian di sini merujuk kepada lelaki dan perempuan. Tetapi harus diingat bahawa perempuan jangan lah pakai terlampau over seperti pakai eyeshadow, lipstik terang-terangan kerana itu telah mengikut cara berhias perempuan zaman Jahiliah. Kalau nak over, boleh pakai dalam rumah untuk mahram.

Kelebihan Memakai Celak:
  • Dapat membantu mencerahkan pandangan mata..
  • Dapat menyejukkan mata..
  • Boleh melebatkan bulu mata..
  • Mengelakkan daripada terkena penyakit mata..
  • Menambah seri muka dll.

Hukum Memakai Celak Bagi Kaum Wanita

HUKUM MEMAKAI CELAK MATA BAGI KAUM WANITA
Oleh; Ustad Abu  Hashifah  al Anwar 


Segala puji beruntaikan pengagungan dan kecintaan untuk Allah semata,shalawat dan salam semoga tetap tercurah kepada Rasulullah,keluarga,sahabat dan pengikut mereka dengan baik hingga datangnya hari pembalasan,amma ba’du:
Insya Allah dalam risalah singkat ini, penulis akan uraikan secara ringkat tentang fiqih hiasan yang sudah sangat akrab dan dikenal oleh kaum wanita, yaitu celak…
1.Jenis Celak Terbaik
Jenis-jenis celak bermacam-macam,namun yang terbaik adalah itsmid.Yaitu celak yang berasal dari batu celak berwarna hitam cenderung kemerahan.
Berkata Murtadha az Zabidiy: ” Itsmid adalah batu celak berwarna hitam kemerahan, berasal dari Ashbahan dan  juga ada di Moroko namun lebih keras .Ia merupakan jenis celak terbaik” (Taajul Arus:4/468).
 Rasulullah bersabda:

Sebaik-baik celak kalian adalah itsmid.Ia menerangkan pandangan dan menumbuhkan bulu mata” H.R.Abu Dawud:3878,An Nasa’iy:5113,Ibnu Majah:3497 dan dishahihkan oleh Syaikh al Baniy dalam shahih sunan Abu Dawud
Dalam riwayat lain Rasulullah memerintahkan agar bercelak dengan menggunakan celak itsmid:

Bercelaklah dengan Itsmid sebab ia sebaik-baik celak kalian.Ia menerangkan pandangan dan menumbukkan bulu mata”.H.R.At Tirmidziy:1757 dan dishahihkan oleh syaikh al Baniy dalam shahih sunan at Tirmidziy.
Dan dalam riwayat lain Rasulullah bersabda:


Pakailah celak itsmid karena ia menumbuhkan bulu mata ,menghilangkan kotoran mata,menjernihkan pandangan”.H.R.Ath Thabraniy dalam Mu’jam al Kabir:183 dan dihasankan oleh al Mundziri, al Iraqiy dan Ibnu Hajar .

2.Disunnahkan Bercelak Tiga Kali  Olesan
Disunnahkan apabila memakai celak dengan bercelak sebanyak tiga kali olesan  karena inilah yang dilakukan oleh Nabi.
Berkata Anas bin Malik: “Sesugguhnya Nabi bercelak sebanyak tiga kali olesan pada matanya sebelah kanan  dan dua kali pada mata sebelah kirinya”.H.R Abu Dawud:3837 dan dishahihkan oleh syaikh Muhammad Nashiruddin dalam silsilah ahadits shahihah,no:633.
Berkata Ibnu Qudamah: “Disunnahkan untuk bercelak sebanyak tiga kali” (Al Mughniy:1/106)
Berkata Imam an Nawawiy: “Yang benar menurut para ulama’ ahli tahqiq adalah (memakai celak dengan ) hitungan ganjil di setiap mata” (Majmu’ syarh muhadzab:1/334)

3.Waktu Terbaik Untuk Bercelak
Seorang wanita ketika di hadapan suaminya atau mahramnya atau di rumahnya diperbolehkan untuk bercelak kapanpun juga ia menginginkannya,namun yang terbaik adalah ketika menjelang tidur.
Jabir bin Abdillah berkata, Rasulullah bersabda:

Pakailah celak itsmid ketika akan tidur,sebab ia menerangkan pandangan dan menumbuhkan bulu mata”.H.R.Ibnu Majah,ath Thabraniy dan dishahihkan syaikh Muhammad Nashiruddin al AlBaniy dalam shahihul jami:’ 4045
Berkata Ibnu Qayim:
Celak dapat menjaga kesehatan mata,memperkuat cahaya mata,membersihkan unsur-unsur yang jelek dan mengeluarkannya dan di antara jenis dan macam-macamnya berfungsi sebagai hiasan dan ketika tidur memiliki kelebihan keutamaan karena mencakup atas celak dan gerakan yang tidak membahayakan”.(Zaadul Ma’ad:4/281)
4.Hukum Memakai  Celak  Bagi  Kaum Wanita Ketika Di Rumah
Celak merupakan hiasan mata yang sangat bermanfaat untuk menjaga kesehatan mata.
Berkata Ibnu Qayim:
 “Celak dapat menjaga kesehatan mata,memperkuat cahaya mata,membersihkan unsur-unsur yang jelek dan mengeluarkannya dan di antara jenis dan macam-macamnya berfungsi sebagai hiasan “.(Zaadul Ma’ad:4/281)
Adapun tentang hukum memakainya, syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin mengatakan:
Bercelak ada dua macam:
a.Untuk memperkuat mata,menjernihkan selaput mata dan  membersihkan dengan tanpa ada maksud berhias.Maka ini tidaklah mengapa bahkan sebaiknya dilakukan,terlebih lagi jika menggunakan celak itsmid karena Nabi bercelak di kedua belah mata Beliau.
b.Untuk hiasan dan mempercantik diri, maka bagi kaum wanita dianjurkan karena kaum wanita dianjurkan untuk berhias untuk suaminya.Adapun bagi kaum lelaki maka perlu adanya pertimbangan dan saya belum dapat memberikan hukum secara pasti.Bisa jadi dibedakan antara pemuda yang apabila bercelak maka ditakutkan akan menyebabkan fitnah sehingga diharamkan dan antara orang tua yang tidaklah ditakutkan timbulnya fitnah karenanya sehingga tidak diharamkan”.(Majmu’ Fatawa syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin:11/73).
5.Hukum Memakai Celak Bagi Kaum Wanita Ketika Keluar Rumah
Seorang wanita ketika keluar dari rumahnya diwajibkan untuk menutupi perhiasannya dari lelaki asing (bukan mahramnya) berdasarkan firman Allah ta’ala:

Dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita…” (An-Nur:31)
 
Perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah  celak,make up, permata dan lain-lainnya. 
Disebutkan dalam Fatwa Lajnah Daimah: “ menggunakan celak adalah disyari’atkan tetapi tidaklah diperkenankan menampakkan perhiasannya baik celak dan lainnya kepada selain suaminya atau mahramnya berdasarkan firman Allah(yang artinya):
Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita ..An-Nur:31 (17/128).
Berkata Ibnu Baz rahimahullahu dalam Majmu’ al-Fatawa (10/58), “Boleh bagi wanita memperindah matanya dengan celak di hadapan sesama wanita, di hadapan suami, dan di hadapan mahram. Adapun di hadapan ajnabi (lelaki selain mahram), tidak boleh baginya membuka wajahnya dan kedua matanya yang bercelak. Allah Subhanallahu wa Ta’ala berfirman(yang artinya):
Apabila kalian meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (istri-istri Nabi), mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hati kalian dan hati mereka.” (al-Ahzab: 53)

Namun apabila memakai penutup wajah sehingga tidak nampak wajahnya sama sekali, maka diperbolehkan memakai celak ketika keluar rumah, karena makna menampakkan perhiasan telah hilang.

6.Bercelak Ketika Wanita Di Masa Berkabung
 Bagi wanita yang ditinggal mati suaminya, maka ia wajib menjalani masa ihdaad (berkabung), di mana ketika itu ia tidak boleh berhias diri (termasuk memakai celak) dan tidak boleh memakai harum-haruman Mengenai masa ihdaad disebutkan dalam hadits,

Tidak dihalalkan bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhir untuk berkabung (menjalani masa ihdaad) atas kematian seseorang lebih dari tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, yaitu (selama) empat bulan sepuluh hari.” (HR. Bukhari no. 5334 dan Muslim no. 1491).


Ummu Athiyah radhiyallahu ‘anha berkata,

Kami dilarang ihdaad (berkabung) atas kematian seseorang di atas tiga hari kecuali atas kematian suami, yaitu selama empat bulan sepuluh hari. Selama masa itu kami tidak boleh bercelak, tidak boleh memakai wewangian, tidak boleh memakai pakaian yang berwarna kecuali pakaian ashab. Dan kami diberi keringanan bila hendak mandi seusai haid untuk menggunakan sebatang kayu wangi. Dan kami juga dilarang mengantar jenazah.” (HR. Bukhari no. 302 dan Muslim no. 2739).

Pakaian ashab adalah: Jenis pakaian dari Yaman yang dicelup dengan cara benangnya diikat lalu dicelup dan setelah itu dilepas sehingga benang yang diikat masih tetap tampak putih tidak terkena celupan sehingga tampak sebagai hiasan (berwarna putih bergaris hitam ).