
CINCIN RASULULLAH SAW
Antara hadis-hadis yang menceritakan sifat-sifat cincin yang dipakai oleh Nabi SAW.
- CINCIN PERAK BERBATU HABSYAH :
عن أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ خَاتَمُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ وَرِقٍ وَكَانَ فَصُّهُ حَبَشِيًّا -رواه مسلم
HADIS : DIRIWAYATKAN DARIPADA ANAS BIN MALIK R.A BELIAU MENCERITAKAN "CINCIN NABI SAW DIBUAT DARIPADA PERAK DAN BAHAGIAN ATASNYA (YAKNI KEPALANYA) DARI HABSYAH "
TAFSIRAN HADIS:
- Hadis di atas menceritakan tentang cincin Nabi SAW yang dibuat daripada perak dan batunya daripada habsyah.
- kalimah al-fash dalam hadis di atas bermaksud bahagian atas cincin (iaitu batu atas kepala cincin) di mana pada bahagian itu biasanya orang mengukir nama pemiliknya atau perkataan lain.
PENGAJARAN HADIS :
- Keharusan memakai cincin perak. menurut imam nawawi,sekalian ulama telak ijmak atas keharusan memakai cincin perak bagi kaum lelaki. Adapun bagi wanita, ada ulama (iaitu iman al-khattabi) memakruhkannya kerana menyerupai lelaki. Namun imam nawawi menegaskan bahawa pandangan al-khattabi itu adalah lemah kerana tidak bersandarkan kepada sebarang dalil. hal yang benar ialah memakai cincin perak itu harus bagi wanita tanpa makruh.
- CINCIN MOHOR :

HADIS : DIRIWAYATKAN DARIPADA IBNU UMAR R.HUMA, BELIAU MENCERITAKAN: "NABI SAW TELAH MENEMPA SEBENTUK CINCIN DARIPADA PERAK. BAGINDA MENJADIKANNYE CAP MOHOR DAN TIDAK MEMAKAINYA"
TAFSIRAN HADIS:
- Maksud tidak memakainya ialah tidak memakainya sentiasa, bukan tidak memakainya langsung kerana bercanggah dengan hadis yang menceritakan Nabi SAW ada mamakai cincin yang bercap mohor itu di tangan kanan Baginda.
- Hadis di atas menceritakan bahawa nabi SAW mempunyai sebentuk cincin yang ditempa oleh baginda khusus sebagai cap mohor untuk surat-surat yang dihantarnya kepada raja-raja di luar Tanah Arab .
CARA RASULULLAH SAW MEMAKAI CINCIN
- MEMAKAI CINCIN DI TANGAN KANAN
HADIS : DIRIWAYATKAN DARIPADA HAMMAD BIN SALAMAH, KATANYA "AKU TELAH MELIHAT IBNU ABI RAFI' MEMAKAI CICIN DI TANGAN KANANNYA, MAKA AKU BERTANYA KEPADANYA TENTANG HAL TERSEBUT". LALU BELIAU MENJAWAB, "AKU TELAH MELIHAT ABDULLAH BIN JAAFARR.HUMA. (SEORANG SAHABAT) MEMAKAI CINCIN DI TANGAN KANANNYA DAN IA (YAKNI ABDULLAH) BERKATA, 'ADALAH NABI SAW MEMAKAI CINCIN DI SEBELAH TANGAN KANAN BAGINDA'.
HADIS : DIRIWAYATKAN DARIPADA ABDULLAH BIN JAAFAR R.HUMA, KATANYA: "BAHAWASANYA NABI SAW MEMAKAI CINCIN DI SEBELAH TANGAN KANAN BAGINDA.
HADIS : DIRIWAYATKAN DARIPADA ANAS BIN MALIK R.A, KATANYA: "NABI SAW MEMAKAI CINCIN DI TANGAN KANAN BAGINDA".
TAFSIRAN HADIS:
- Hadis-hadis diatas menceritakan Nabi SAW memakai cincin di jari tangan kanan baginda. Maklumat ini disampaikan oleh ramai sahabat iaitu Sayidina Ali, Ibnu Abi Rafi', Abdullah bin Jaafar, Anas bin Malik, Jabir bin Abdullah dan Ibnu 'Abbas r.huma.
PENGAJARAN HADIS :
- Galakan memakai cincin di jari tangan kanan. memakai cincin termasuk dalam perbuatan mulia dan cara berhias.
- MEMAKAI CINCIN DI TANGAN KIRI
TAFSIRAN HADIS:
- Hadis di atas menceritakan tentang dua orang cucu kesayangan Nabi SAW yang memakai cincin di jari tangan kiri mereka. Kemungkinan kedua-duanya telah melihat datuk mereka (yakni Nabi SAW) memakai cincin di tangan kiri, lalu mereka mengikutnya.
PENGAJARAN HADIS :
- Keharusan memakai cincin di tangan kiri. Menurut Iman an-Nawawi, telah ijmak para ulama bahawa harus memakai cincin di tangan kiri dan juga tangan kanan. Mana-mana satu daripadanya tidak dimakruhnya. Dalil pemakaian di tangan kiri ialah hadis daripada Anas r.a dan Ibnu Umar r,huma, di mana kedua-duanya menceritakan:
كَانَ خَاتَمُ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فِي هَذِهِ وَأَشَارَ إِلىَ الْخِنْصِرِ مِنْ يَدِهِ الْيُسْرَى
"Cincin Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam di sini –Anas mengisyaratkan ke jari kelingking dari tangan kirinya" (HR Muslim no 2095)
Anas juga berkata :
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَبِسَ خَاتَمَ فِضَّةٍ فِي يَمِينِهِ فِيهِ فَصٌّ حَبَشِيٌّ كَانَ يَجْعَلُ فَصَّهُ مِمَّا يَلِي كَفَّهُ
"Sesungguhnya Rasulullah SAW memakai cincin perak di tangan kanan beliau, ada mata cincinnya terbuat dari batu habasyah (Etiopia), beliau menjadikan mata cincinnya di bagian telapak tangannya" (HR Muslim no 2094)
Hadis Anas di atas juga menunjukkan bahwa disunnahkan untuk memakai cincin pada jari kelingking.
2. Walaupun menyepakati perkara di atas, namun para ulama berikhtilaf mengenai mana yang lebih baik, memakainya di tangan kanan atau di tangan kiri? Menurut Imam an-Nawawi, ulama-ulama salaf ramai yang memakainya di tangan kanan dan tidak kurang juga di tangan kiri.
Imam Malik menyukai memakainya di tangan kiri dan beliau memakruhkan memakainya di tangan kanan. Dalam mazhab Syafi'ie, ada 2 pandangan. Pandangan yang sahih adalah afdal memakainya di tangan kanan kerana memakai cincin adalah perhiasan dan tangan kanan lebih mulia.
Telah jelas dalam hadis Ibnu Umar di atas bahwasanya Nabi SAW membuang cincin emasnya, kerana cincin emas haram dipakai oleh lelaki. Bahkan bukan hanya cincin, segala perhiasan yang terbuat dari emas dilarang dipakai oleh lelaki.
HADIS: DIRIWAYATKAN DARIPADA IBNU UMAR R.HUMA, BELIAU BERKATA "RASULULLAH SAW PERNAH MENGGUNAKAN SEEBENTUK CINCIN DARIPADA EMAS DAN MEMAKAINYA DI TANGAN KANAN BAGINDA. LALU ORANG RAMAI PUN TURUT MENGGUNAKAN CINCIN-CINCIN DARIPADA EMAS (KERANA MENIRU BAGINDA). MAKA BAGINDA MELEMPARKAN (MEMBUANG) CINCINNYA DAN BERSABDA, 'AKU TIDAK AKAN MEMAKAINYA LAGI BUAT SELAMA-LAMANYA'. (MELIHAT NABI SAW BERBUAT DEMIKIAN), MAKA ORANG RAMAI PUN TURUT MEMBUANG CINCIN-CINCIN EMAS MEREKA."
TAFSIRAN HADIS:
- DIHARAMKAN BAGI LELAKI MEMAKAI CINCIN EMAS:

HADIS: DIRIWAYATKAN DARIPADA IBNU UMAR R.HUMA, BELIAU BERKATA "RASULULLAH SAW PERNAH MENGGUNAKAN SEEBENTUK CINCIN DARIPADA EMAS DAN MEMAKAINYA DI TANGAN KANAN BAGINDA. LALU ORANG RAMAI PUN TURUT MENGGUNAKAN CINCIN-CINCIN DARIPADA EMAS (KERANA MENIRU BAGINDA). MAKA BAGINDA MELEMPARKAN (MEMBUANG) CINCINNYA DAN BERSABDA, 'AKU TIDAK AKAN MEMAKAINYA LAGI BUAT SELAMA-LAMANYA'. (MELIHAT NABI SAW BERBUAT DEMIKIAN), MAKA ORANG RAMAI PUN TURUT MEMBUANG CINCIN-CINCIN EMAS MEREKA."
TAFSIRAN HADIS:
- Pada mulanya cincin emas tidak diharamkan kepada kaum lelaki. Maka Nabi SAW memakai di jari tangan kanan Baginda dan diikuti oleh para sahabat.
PENGAJARAN HADIS :
- Larangan memakai cincin emas bagi lelaki kerana keharusannya telah dimansuhkan
- kesegeraan dan ketegasan Nabi SAW dalam melaksanakan perintah Allah dan meletakkan diri Baginda sebagai qudwah kepada sahabat-sahabat.
KESIMPULAN :
> Memakai cincin hukumnya sunnah
> Para lelaki tidak boleh menggunakan cincin dari emas atau yang ada campuran emas, dan boleh menggunakan cincin dari perak dan juga batu-batu mulia dan permata.
> Bagi wanita boleh memakai cincin dari emas dan perak di jari mana saja, kerana para wanita dituntut untuk berhias
> Para lelaki tidak boleh menggunakan cincin dari emas atau yang ada campuran emas, dan boleh menggunakan cincin dari perak dan juga batu-batu mulia dan permata.
> Bagi wanita boleh memakai cincin dari emas dan perak di jari mana saja, kerana para wanita dituntut untuk berhias
> Tidak boleh menggunakan cincin dari besi baik lelaki maupun wanita, kerana itu merupakan perhiasan penduduk neraka.
> Disunnahkan bagi lelaki memakai cincin di jari kelingking baik di tangan kanan atau di tangan kiri.
> Dibolehkan juga bagi lelaki untuk memakai cincin di jari manis, karena tidak ada dalil yang melarangnya. Hanya diharamkan (atau dimakruhkan menurut sebagian ulama) jika menggunakan cincin di jari telunjuk dan jari tengah
FAHAMI HAKIKAT PEMAKAIAN CINCIN :
Sebagai seorang muslim kita hendaklah meletakkan 100% pergantungan kita kepada ALLAH SWT. Tiada sesuatu pun memberikan kebaikkan kecuali dengan izin ALLAH dan tidak satupun yang bisa membawa kemudaratan melainkan dengan izin ALLAH jua. Jangan lah kita percaya dengan pemakaian cincin permata mampu memberikan kebaikkan dan mempunyai keistimewaan kepada diri pemakai. Kesimpulannya, jadikanlah permakaian cincin hanya sebagai perhiasan dan mengikut sunnah Nabi SAW sahaja.
No comments:
Post a Comment